Pada asalnya tanah Lot-lot 613, 618, 619-20 adalah sebahagian kebun getah yang dikenali sebagai Bukit Belachan Estate seluas 48 ekar. Apabila harga getah jatuh pada tahun 1970-an, sebahagian Bukit Belachan Estate telah dijual kepada Yayasan Pendidikan MARA yang telah dimajukan sebagai Taman Bukit Ampang. Bahagian-bahagian yang masih tertinggal seluas 22 ekar telah menjadi hutan belukar.
Kedudukan lot-lot tanah yang jauh ke pendalaman tidak mendatangkan sebarang manfaat kepada masyarakat persekitaran yang kebanyakan terdiri daripada golongan sederhana. Pembangunan komersial juga mengelak lokasi pinggir bandar ini dan telah berhenti di Bandar Baru Ampang 3 kilometer sebelum bahagian barat tapak manakala 5 kilometer ke bahagian selatan terletaknya Pusat Komersial Taman Putra. Kawasan pendalaman ini bersempadan dengan Kampung Lembah Jaya Selatan, Kampung Muhibbah dan Kampung Pinggir bi bahagian timur; Kampung Dato’ Mufti di bahagian utara, Kampung Ampang Indah di bahagian selatan serta dan Kampung Ampang Campuran di barat.
Syarikat Destar Nurani (M) Sdn Bhd ditubuhkan bertujuan untuk membangunkan bekas Bukit Belachan Estate daripada hutan belukar kepada satu pembangunan yang dinamik serta boleh membawa manfaat kepada penduduk sekeliling. Syarikat DESTAR NURANI (M) SDN. BHD. telah membeli lot-lot ini daripada pemilik asal untuk merealisasikan impian mereka.
Pihak Destar Nurani (M) Sdn Bhd telah berjaya memujuk Syarikat Magnificient Diagraph untuk menyewa sebahagian tanah Lot 613, 618 dan 619 untuk bagi membuka Pasaraya Besar Carrefour (kini dikenali sebagai Pasaraya Besar Aeon Big, Ampang). Dengan pembukaan pasaraya ini kawasan pinggir bandar ini yang tersisir mula boleh dibangunkan. Ianya juga dapat menyediakan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk setempat selain kemudahan mendapat barangan keperluan harian tanpa pergi ke pusat bandar.
Dengan pembangunan Pasaraya Besar Aeon Big, pihak pengurusan Destar telah mendapat banyak pelawaan untuk membina bangunan tinggi atau kediaman mewah tetapi pemilik tanah memilih untuk membuat bakti kepada masyarakat. Ini termasuk perlawaan lumayan daripada syarikat minyak untuk mendirikan satu stesen minyak tetapi ditolak sebab tidak mendatangkan pembangunan yang serasi.
Pihak pengurusan masih bertekad untuk memilih pembangunan yang berunsur kebajikan dan pulangan pada masa hadapan kepada masyarakat dan bukanlah mencari keuntungan semata-mata. Pembinaan Kompleks Sukan Destar Arena adalah merupakan langkah kedua bertujuan untuk menyediakan tempat riadah atau sukan bagi penduduk setempat. Menyedari gaya hidup masyarakat kini yang kurang menjaga kesihatan maka pusat sukan ini dilihat dapat membangkitkan keinginan masyarakat untuk bersenam seterusnya mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.
Aktiviti sukan seperti Futsal, Badminton, Pingpong selain pusat gim yang menjadi tarikan kepada penduduk setempat selain dapat mendorong mereka menjalani gaya hidup yang lebih sihat.